Saturday 17 November 2012

Logo Kerajaan



Pentadbiran kerajaan terdiri daripada beberapa kementerian. Di bawah setiap kementerian terdapat pula beberapa jabatan yang berlainan fungsi. Setiap kementerian dan jabatan memiliki logo tersendiri yang mempunyai pelbagai maksud. Sesiapa yang sering berurusan dengan jabatan kerajaan pasti perasan dengan logo jabatan berkenaan.

Adakah anda mengenali logo setiap kementerian dan jabatan kerajaan?

Uji pengetahuan anda dengan menjawab kuiz ini?

Selamat mencuba & semoga berjaya!

Download link: Logo Kerajaan

Pelakon Komedi



Tutur kata dan tingkah laku mereka di dalam sesebuah persembahan, sitcom, drama mahupun filem sering dinantikan. Itulah dia pelakon komedi yang sering membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur dengan lawak dipersembahkan. Di Malaysia terdapat ramai pelakon komedi yang diminati penonton.

Adakah anda mengenali semua pelakon komedi di Malaysia?

Download dan jawab!

Download link: Pelakon Komedi

Model Kereta


Apakah ciri-ciri kereta idaman anda? Untuk membeli sesebuah kereta ramai yang memilih kereta yang harganya mampu milik, rekabentuk yang menarik, berkualiti dan berkuasa. Apa pilihan anda? Di Malaysia terdapat banyak model kereta yang menjadi pilihan ramai.

Adakah anda mengenali semua model kereta di Malaysia?

Uji pengetahuan anda dengan menjawad kuiz ini.

Selamat mencuba!

Download link: Model Kereta

Pelakon Wanita 2


Keayuan dan keanggunan mereka memukau penonton untuk menonton sesebuah drama atau filem. Mereka membuat sesebuah drama atau filem itu lebih menarik dan beremosi. Di Malaysia telah ramai pelakon wanita yang mewarnai lagi industri filem negara. Siapakah pelakon wanita masa kini yang anda minati?

Teka nama pelakon wanita yang tertera?

Semoga berjaya!

Download link: Pelakon Wanita 2

Jackie Chan


Jackie Chan dalah salah satu nama yang terkenal dalam filem kung fu dan aksi di seluruh dunia, khususnya untuk gaya perlawanan akrobatik, pengaturan masa yang lucu, serta penggunaan alatan yang termasuk perabot dan benda-benda set sebagai senjata reka ganti. Beliau yang sendiri melakukan banyak lagak ngeri dalam filemnya telah muncul dalam melebihi seratus buah filem, dan merupakan salah satu bintang filem Asia yang paling terkenal di seluruh dunia. 

Adakah anda peminat Jackie Chan dan tahu semua filem lakonan beliau?

Teka filem lakonan Jakie Chan dengan menjawab kuiz ini.

Selamat berjaya!

Downdload link: Jackie Chan

Sunday 11 November 2012

Pemain Selangor


Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah AlamStadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.


Kuiz ini khusus untuk semua peminat pasukan Selangor dan peminat bola sepak tanahair.


Adakah anda mengenali semua pemain yang telah bermain untuk pasukan Selangor?


Download & jawab.


Semoga berjaya.


Download Link: Pemain Selangor

Akademi Fantasia



Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.
Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito.
Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.
Adakah anda mengenali semua pelajar-pelajar yang telah menyertai Akademi Fantasia?
Uji pengetahuan anda dengan menjawab kuiz ini.
Peminat tegar AF mesti boleh jawab semua dengan betul.
Download Link: Akademi Fantasia